Wednesday, December 22, 2010

Tenaga Dalam



PUSAT PENGEMBANGAN SPIRITUAL DAN RAWATAN SYAHADAH
Dibangunkan oleh MASTER SAJIDIN JAIS
(Super Grand Master Quantum Bio-Synergy Tenaga Dalam Ilahi Harkatan Syahadah)

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatu..
Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung laman web rasmi Syahadah.net. Saya berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian anda melayari dan membaca inti laman web yang tidak serba kekurangan ini.

PENGERTIAN TENAGA DALAM
Setelah beberapa tahun saya berkecimpung dalam dunia paranormal, dan setelah mengkaji sedalam-dalamnya soal tenaga dalam dan ilmu-ilmu kebatinan  bersandarkan kepada ajaran para guru mursyid yang amat pakar dalam bidang ilmu ghoib dan ketuhanan, saya telah dapat merumuskan bahawa tenaga dalam ini adalah asas atau permulaan kepada ilmu kebatinan atau ghoib yang sebenar.
Tenaga dalam bukanlah suatu ilmu tetapi ia merupakan suatu kekuatan dalaman yang harus kita ketahui kewujudannya. Oleh sebab itu, semua golongan manusia baik yang muslim maupun bukan muslim ada memilikinya selagi mereka bergelar manusia.
Kekuatan tenaga dalam adalah terletak pada nafas. Sebab itulah semua manusia memilikinya. Maka dengan adanya ilmu, tenaga dalam ini dapa diasah dan diatur menjadi suatu yang mampu mengalir dalam tubuh badan setiap manusia untuk dimanfaatkan dalam apa jua bentuk atau keadaan. Mungkin anda kurang percaya bahawa kekuatan tenaga dalam anda terletak pada nafas... cuba anda lakukan perkara ini seketika;
eksperimen 1: Cuba anda mengangkat tong gas yang berisi penuh 16 kg dan berjalan sejauh 5 langkah ke depan tanpa menahan nafas...
eksperimen 2 : Lakukan perkara yang sama tetapi kali ini anda tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Kemudian angkat tong gas tersebut dan jalan 5 langkah ke depan tanpa lepas nafas...
Dapatkah anda membezakan kekuatan diri anda semasa menahan nafas dan tanpa menahan nafas? sudah tentulah eksperimen 2 lebih memberi kekuatan kepada anda bukan...
Tenaga dalam bukan hanya setakat itu, ia perlu diisi dengan ilmu agar dapat digunakan dengan betul dan tidak memudaratkkan tubuh badan anda. Jika latihan tenaga dalam dilakukan tanpa sebarang bimbingan sudah pasti akan memberi kesan tidak baik pada diri anda dari luaran dan dalaman. Terdapat 1001 faedah mempelajari ilmu ini...anda harus memilikinya.
Dalam bab memiliki tenaga dalam yang jitu, pelbagai perkara harus dititikberatkan iaitu dot dot dot... tidak dapat saya ceritakan kerana anda belum bergelar murid saya...

ADAKAH TENAGA DALAM BERUNSUR JIN DAN MAKHLUK HALUS
Saya pernah ditanyakan tentang persoalan ini oleh seorang hamba Allah. Beliau juga seorang pengamal perubatan islam yang amat tinggi dengan ilmu sejarah kenabian dan kerasulan.
Sebelum bertanya dan menjawab persoalan ini, apa yang perlu kita ketahui adalah bagaimana jenis ilmu yang menggunakan khidmat jin dan yang tidak menggunakan khidmat jin.
Jika sesuatu ilmu yang  menggunakan khidmat jin, sudah pasti anda pun tahu. Pertamanya teknik rawatan pengamal ilmu ini pasti dipenuhi dengan pelbagai syarat yang amat menyeksakan pesakit untuk memperolehinya. Sebagai contoh, mesti/wajib bawa ayam putih, kambing putih, atau apa-apa sahaja benda yang berdarah. Jika syarat ini tidak dipenuhi, maka proses rawatan tidak akan dapat dilaksanakan. Keduanya, pengamal perubatan ini boleh bertukar menjadi orang lain ketika merawat pesakitnya dan mengaku dirinya seorang wali atau sebagainya. Bukan itu sahaja, malah mampu mengambil roh orang yang menghantar sihir dan dimasukkan ke dalam tubuh pesakit sebab nak tahu siapa orang yang menyihir itu. Ada juga yang memasukkan jin ke dalam tubuh pesakit yang kononnya dikatakan seorang raden, wali, atau puteri yang bakal menceritakan sesuatu yang ingin diketahui oleh keluarga pesakit... Adakah semua ini benar? Anda fikirlah sendiri.
Tenaga dalam dikatakan ada unsur bantuan jin... Kalau betullah tenaga dalam ada unsur jin, mengapa saya mampu mengaji Al-Quran secara bertaranum? mengapa saya tidak takut mendengar bacaan-bacaan rukyah? mengapa saya tidak takut dengar suara azan? mengapa saya mendirikan solat? mengapa saya berzikir memuji Allah swt sehingga menangis?... Saya mampu merasakan keberadaan jin dalam tubuh badan manusia bukan dengan bantuan jin tetapi dengan ilmu.
Oleh demikian, saya tidak setuju sama sekali dakwaan yang mengatakan tenaga dalam ada unsur khidmat jin atau energy-energy negatif. Bagi saya, seseorang yang mempunyai ilmu yang mampu menggunakan tanaga dalam dengan sempurna, ia tidak mudah dikuasai makhluk-makhluk halus atau jin.

PERINGATAN KEPADA PELATIH TENAGA DALAM
Bagi yang ingin mempelajari ilmu berkaitan tenaga dalam, haruslah bersedia dan betul-betul ikhlas. Perbetulkan tujuan dan matlamat anda jika sudah mempelajari ilmu ini. Janganlah ilmu ini digunakan pada jalan yang salah kerana banyak keburukannya.
Apabila telah mempelajari ilmu ini, janganlah berhenti setakat ini. Selagi masih bernyawa, carilah hakikat sebenar ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Ini kerana ilmu Allah yang kita perlu ketahui terbahagi dalam tiga peringkat iaitu ilmu kalam, ilmu ghoib dan ilmu syahadah. Jadi di tahap manakah ilmu anda?
Akhir sekali, janganlah suka menyalahkan amalan ilmu orang lain. Sebaiknya kita diam, dengar dan fikir dalam-dalam apa yang kita lihat, dengar dan hidu. Ingat, setinggi-tinggi ilmu kita, ada lagi orang yang mempunyai ilmu lebih tinggi daripada kita. Biarlah kita berpegang pada satu ilmu yang memberi banyak manfaat dan semakin berkembang daripada memiliki ilmu yang banyak tetapi tak berkembang dan jadi simpanan selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment