Thursday, December 23, 2010

RAHSIA TAPAK TANGAN

        
        Tahukah anda bahawa tapak tangan anda menyimpan seribu satu rahsia tentang kesihatan dalam tubuh badan anda?

Sebenarnya tidak ramai yang mengetahui perkara ini dan tidak ramai yang mahu ingin tahu pun hal ini. Pelbagai anggapan yang selalu saya terima apabila berbicara tentang rashsia pada tapak tangan. Akan tetapi apabila saya menerangkan secara terperinci maksud dan faedah di sebalik ilmu ini, mereka berasa kagum dan malah sanggup serta ingin memiliki ilmu anugerah Allah ini.

Baiklah, di sini saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang akan mendedahkan rahsia Mengesan penyakit melalui tapak tangan yang berjudul ‘DIAGNOSIS TAPAK TANGAN’ terbitan Alaf21 sdn. Bhd. Saya merupakan penulis buku ini. Buku yang hanya mengandungi halaman 124 mukasurat ini penuh dengan isi dan ilmu yang bermanfaat dan mampu dimiliki oleh sesiapa saja.

Sejak tahun  1998 saya telah berjinak-jinak di dalam dunia perubatan tradisional yang diterima turun-temurun daripada ayahanda tersayang. Bukan saka ye… bermula tahun 2004,saya mula berkecimpung dalam dunia paranormal dan telah mengikuti pelbagai kursus keilmuan untuk mencari tentang kebenaran dunia paranormal. Alhamdulillah, kini saya mampu berdiri sendiri dengan ilmu yang saya miliki.

Kini, saya kongsikan salah satu ilmu iaitu teknik mengesan penyakit melalui tapak tangan yang telah diterjjemahkan dalam bentuk buku. Ianya lebih mudah diifahami kerana setiap penerangan  disertakan dengan gambarajah sebenar. BUKU INI BUKANLAH BUKU MENILIK NASIB MELALUI TAPAK TANGAN, TETAPI TAHAP KESIHATAN ANDA BOLEH DIKENALPASTI PADA JALURAN SARAF YANG NAMPAK PADA TAPAK TANGAN.

Buku ini akan mengajar anda bagaimana melihat tanda-tanda sebelum, sesudah atau semasa mengidap sesuatu penyakit atau masalah dalam tubuh. Masalah-masalah dalam tubuh adalah suatu yang berkaitan dengan organ seperti jantung, paru-paru, hati, usus kecil, usus besar, perut dan banyak lagi. Pelbagai jenis penyakit juga mampu dikesan dan di analisis setelah mengenalpasti di mana organ yang bermasalah.

Di dalam buku ini juga mendedahkan sistem umunisasi semulajadi dalam diri setiap manusia. Sistem ini mampu menjadi semakin baik dan kuat jika anda tahu mengenainya dan tahu tentang perkara-perkara yang boleh melemahkan sistem tersebut. Bukan itu sahaja, sistem ini juga boleh ditingkatkan kekuatannya dengan cara-cara yang tertentu yang saya ulas dalam buku tersebut. Semuanya saya gaulkan dalam buku ‘DIAGNOSIS TAPAK TANGAN’. Adalah rugi bagi anda jika tidak memilikinya.

Anda berasa takut mengetahui penyakit sendiri? Sebenarnya ramai yang beranggapan demikian. Mereka amat takut mengetahui masalah atau penyakit dalam badan. Nasihat saya, lebih baik kita mengetahui masalah organ atau penyakit tersebut pada peringkat awal kerana kita boleh mengambil langkah awal menanganinya. Jika lambat dikesan, ia akan parah kerana tiada langkah awal rawatan. Jangan sampai bernanah baru nak menyesal. Jika sayang pada diri sendiri, eloklah bertindak sekarang. Dengan hanya RM15 (semenanjung) dan RM18 (Sarawak dan Sabah), mampu mengubah kehidupan anda menjadi lebih ceria dan lebih bermutu.

Dapatkan buku ‘DIAGNOSIS TAPAK TANGAN’ segera di pasaran atau di kedai-kedai buku berhampiran seperti POPULAR & MPH. Jika ingin mendapatkannya secara online, amat mudah…Cuma taip diagnosis tapak tangan pada search engine google atau yahoo. Pasti banyak kedai-kedai buku online yang jual.
Wassalam.


Wednesday, December 22, 2010

KETAHUI APA ITU PUKAU?

Menurut kamus dewan, pukau bermaksud jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan seseorang atau membuatkan orang tidur lelap _ tidak dapat berkata-kata atau berbuat apa-apa kerana sedang menjadi sasaran jampi. Apabila ditambah imbuhan ‘ter-‘ ia menjadi terpukau dan membawa maksud terpedaya, kaku dan tertidur oleh perbuatan si pemukau.

            Hipnosis pula bermaksud keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ketika itu. Hipnotis pula bermaksud orang yang menggunakan hipnosis atau pengamalnya.
            Daripada maksud di atas jelas menerangkan bahawa pukau merupakan suatu ilmu atau teknik yang digunakan untuk membuatkan orang tidur lebih nyenyak daripada biasa, kelu lidah untuk berkata-kata, mengantuk secara tiba-tiba, menurut segala kemahuan dan akhirnya terpedaya.
            Berdasarkan perkataan PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud setiap hurufnya tersembunyi di sebaliknya. ‘P’- pujukan, ‘U’- ungkapan, ‘K’- kata-kata, ‘A’- ayat azimat, dan ‘U’- umpan. Jika disusun perkataan-perkataan itu, maksud pukau bolehlah diterjemahkan sebagai ‘Teknik menggunakan daya pujuk, ungkapan, kata-kata, dan ayat-ayat azimat sebagai umpan’. Si pemukau kebiasaannya akan menggunakan pujuk rayu yang mampu melemahkan jiwa dan minda mangsanya dengan ungkapan dan kata-kata yang amat manis dan menusuk. Ditambah lagi dengan ayat-ayat azimat (samada berupa jampi serapah, arahan atau lain-lain) yang dikatakan mampu membuat orang terlena dan kelu serta kaku dan menuruti segala kemahuan.
            Percayakah anda bahawa dalam kehidupan seharian, teknik pukau atau hipnosis digunakan oleh semua lapisan masyarakat baik kecil, remaja maupun dewasa. Cubalah anda perhatikan seorang ibu memujuk anaknya supaya berhenti menangis. Setelah puas memujuk akhirnya anak itu diam dan menuruti kehendaknya. Secara tidak langsung proses pukau telah berlaku di situ iaitu dengan menggunakan daya pujukan yang amat berkesan.
Selain itu, saya sendiri masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak saya, di mana kawan saya mengajak bertukar barang permainan. Barang permainan saya berupa robot yang besar dan kawan saya ingin menukarkannya kepada sebungkus permainan berupa askar, kereta dan raksasa yang semuanya kecil-kecil. Tanpa berfikir panjang saya pun setuju buat pertukaran. Bila dah sampai rumah baru menyesal sebab permainan robot lebih menarik. Kalau dah tukar mana boleh ambil semula.
            Ingatkah anda pada filem Tan Sri P.Ramli berjudul ‘Nujum Pak Belalang’. Walaupun hanya sekadar cerita dongeng tetapi mesej yang disampaikan amat bermakna. Cuba anda lihat bagaimana Pak Belalang meyakinkan penghulu dan dua orang penternak kambing dan lembu untuk melihat bayangan haiwan-haiwan yang dicuri itu di dalam balang/mangkuknya. Dari mula lagi mereka bertiga memerhati dengan penuh rasa ingin tahu dan penuh harapan. Apabila melihat dalam balang hasilnya tak nampak apa-apa. Cuma satu saja ayat yang Pak Belalang gunakan untuk memperdayakan mereka iaitu “Menurut amalan hamba, barang siapa yang tidak nampak, dia anak luar nikah”. Oleh kerana takut dan malu disangka anak luar nikah, elok mengaku nampak saja.
            Bukan itu saja, pernahkah anda melihat situasi perubatan bomoh yang menggunakan kekuatan hembusan atau tiupan untuk menidurkan pesakitnya. Rata-rata yang saya jumpa bomoh yang menggunakan teknik ini ada hubungkait dengan jin yang kononnya roh wali dimasukkan ke dalam tubuh pesakit untuk merawatnya. Saranan yang disampaikan oleh bomoh kepada pesakitnya mampu melumpuhkan sistem tubuh badan pesakit dan mengawal minda bawah sedar pesakit untuk melakukan apa yang disuruh. Pesakit biasanya tidak akan sedarkan diri selagi si pemukaunya masih berada di hadapan dan tidak memulihkan keadaannya. Kebiasaannya teknik ini lebih kepada penggunaan jampi serapah atau mentera pemujaan yang dipercayai untuk meminta bantuan jin menguasai pesakit atau orang yang dikehendaki.
            Kesimpulannya, ilmu pukau dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama menggunakan kata-kata yang ‘power’ (the power of word). Kaedah ini telah lama diamalkan dan dipelajari oleh orang-orang di negara barat.
Kedua ialah menggunakan jampi serapah yang ada hubungkaitnya dengan jin atau khodam. Kedua-dua kaedah ini masih lagi digunakan oleh pemukau-pemukau pada zaman ini. Ada yang menggunakannya untuk jalan kebaikan dan ada yang menggunakannya ke jalan kejahatan. Di negara barat seperti Afrika, masih mengamalkan pemujaan semangat roh nenek moyang mereka yang kononnya mampu membantu mereka mendapat sesuatu dengan pukau.


Sila Layari www.syahadah.net

Tenaga Dalam 2

TENAGA DALAM

Sewaktu mula-mula mengenali tenaga dalam dahulu, saya begitu terpegun dengan kehebatan dan keanehan suatu kekuatan yang dikatakan lahir dari dalam diri selepas proses pembangkitan atau penyelarasan energi oleh seorang pengijazah (guru).
Saya diuji dengan pelbagai jenis demontrasi yang menunjukkan kekebalan diri selepas 15 minit pengisian. Saya diajar bagaimana teknik menarik nafas dan menggunakannya untuk tujuan tertentu. Semasa demontrasi, saya diuji dengan beberapa jenis ujian. Antaranya ialah dipukul dengan besi still dari belakang, dimandikan dengan minyak panas, disiram sedikit dengan air panas mendidih pada tangan, ditusuk dengan jarum pada lengan hingga tembus, dan sebagainya. Semua itu tidak memberi kesan kepada saya. Yang paling saya kagumi adalah demonstrasi yang melibatkan telur dan mentol yang mana telur keras menjadi batu (tak pecah) dan mentol jatuh tak pecah walaupun di atas permukaan simen.
Apakah ini semua suatu yang mustahil. Adakah ia berhubung kait dengan bantuan jin atau makhluk halus yang lain?
Tepuk dada tanya selera…
Sebelum saya membicarakan tentang tenaga dalam, elok rasanya saya mendedahkan sedikit andaian daripada pelbagai pihak yang mengatakan ilmu tenaga dalam salah, melibatkan jin dan tidak mengikut sunnah Rasulullah  saw. Ada juga yang berpendapat bahawa energy dan rasa yang dilahirkan semasa melakukan ritual amalan dan rawatan sebenarnya bukan daripada dalam diri tetapi ada unsur lain yang datang. Sampaikan ada yang menganggap mempelajari ilmu tenaga dalam tetap salah walaupun ianya bertujuan untuk membantu orang pada jalan yang betul. Andaian-andaian ini saya tidak menolaknya ke tepi tetapi saya terima dengan penuh ikhlas dan saya amat menghormatinya. Sebabnya, bukan orang orang sembarangan yang memberikan andaian dan pendapat tersebut. Ia adalah daripada orang yang berpengetahuan luas dalam bidang agama, sirah kenabian dan sunnah-sunnah rasul.
Daripada andaian-andaian yang saya terima, saya mula membuat kajian berkenaan ilmu tenaga dalam, ilmu kebatinan dan ilmu ketuhanan. Dan inilah serba sedikit pandangan dan pendapat saya berkenaan dengan apa yang kita perlu bincangkan iaitu tenaga dalam.

Sebenarnya Tenaga dalam bukanlah suatu ilmu. Ianya semula jadi dalam diri setiap insan yang bergelar manusia. Pada zaman ini, tenaga dalam dikatakan atau diterjemahkan sebagai suatu ilmu luar biasa yang perlukan pengisian yang khusus daripada seorang guru dan perlu dibayar dengan mahar-mahar yang diitetapkan mengikut tahap-tahap tertentu. Ia juga bergantung kepada sesebuah pertubuhan seni silat atau pusat-pusat pembangunan tenaga dalam yang tertentu.
Pernahkan anda mengalami sesuatu yang menggerakkan diri anda menjadi semakin berani, semakin kuat, mampu melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak menyangka mampu melakukannya dan rasa terlalu bersemangat untuk mengejar suatu matlamat… pasti anda ada merasai semua pengalaman tersebut. Pernahkan anda berasa takut berjalan pada waktu malam dan anda terpaksa laluinya demi untuk sampai ke rumah… pernahkah anda dikejar seekor anjing dan anda terpaksa melompat parit yang sebelum itu anda sebenarnya tidak mampu melompat sejauh itu… pernahkah anda merasa marah sangat-sangat sehingga mampu menumbuk dinding sehingga berlubang.
Adakah mereka ini belajar melakukan perkara tersebut? Adakah mereka tahu mereka mampu melakukannya?
Sama sekali tidak… . mereka tidak tahu dan tidak pernah akan tahu daripada mana puncanya kekuatan dan kehebatan serupa itu keluar. Yang mereka selalu kata, “Aku kalau marah, tak ada sorang pun dapat tahan aku”. Mereka jadi riak dan takabur pula.
Semua orang mampu merasa bagaimana rasanya bila marah… bagaimana rasanya bila sedih, bagaimana rasanya bila tenang, bagaimana rasanya bila asyik, bagaimana rasanya bila takut dan berani dan sebagainya. Daripada manakah datangnya punca rasa yang anda lahirkan itu.adakah ia automatik?
Sesuatu alat elektronik yang bergerak secara automatik, adakah alat itu perlu di setting terlebih dahulu? Kalau tidak di setting, adakah ia akan bergerak secara automatik? Adakah kita seperti alat elektronik ini juga…?
Agak malu saya mengatakan bahawa manusia adalah sama seperti alat elektronik seperti itu kerana manusia adalah merupakan sebaik-baik ciptaan Allah swt di muka bumi ini. Masakan ia sama seperti alat elektronik…
Di dalam alat elektronik terdapat satu medan utama yang akan berindak mengikut aturan (setting). Jika automatik aturannya maka ia akan berkerja sendiri. Apakah sistemnya serupa dengan manusia?
Jawapannya adalah YA!  Manusia dicipta dengan penuh kesempurnaan dan cukup dengan sistem yang dikawal sepenuhnya oleh minda. Minda pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda sedar dan minda separa sedar menurut sains metafizik. Minda inilah yang mengatur segala-galanya. Minda sedar akan mengatur secara manual manakala minda separa sedar akan bertindak secara automatik mengikut aturan yang ditetapkan oleh kita sendiri. Hebat bukan… Namun kedua-dua bahagian minda ini tidak akan bekerja secara solo… ia berkejasama hingga akhir hayat manusia. Daripada mindalah lahirnya energy atau rasa yang mewujudkan suatu tenaga dari dalam. Alat inilah penggerak utama dalam tubuh manusia. Jadi mengapa tenaga dalam itu disalah ertikan dan dikaitkan dengan khidmat jin. Dalil akal sahaja mampu menjawab persoalan tersebut.
Bagi yang masih mengatakan tenaga dalam berkaitrapat dengan energy negatif atau jin, belajarlah dulu semua peringkat ilmu Allah iaitu ilmu kalam, ilmu ghoib dan ilmu syahadah…wassalam.

 Sila layari www.syahadah.net

Tenaga Dalam



PUSAT PENGEMBANGAN SPIRITUAL DAN RAWATAN SYAHADAH
Dibangunkan oleh MASTER SAJIDIN JAIS
(Super Grand Master Quantum Bio-Synergy Tenaga Dalam Ilahi Harkatan Syahadah)

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatu..
Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung laman web rasmi Syahadah.net. Saya berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian anda melayari dan membaca inti laman web yang tidak serba kekurangan ini.

PENGERTIAN TENAGA DALAM
Setelah beberapa tahun saya berkecimpung dalam dunia paranormal, dan setelah mengkaji sedalam-dalamnya soal tenaga dalam dan ilmu-ilmu kebatinan  bersandarkan kepada ajaran para guru mursyid yang amat pakar dalam bidang ilmu ghoib dan ketuhanan, saya telah dapat merumuskan bahawa tenaga dalam ini adalah asas atau permulaan kepada ilmu kebatinan atau ghoib yang sebenar.
Tenaga dalam bukanlah suatu ilmu tetapi ia merupakan suatu kekuatan dalaman yang harus kita ketahui kewujudannya. Oleh sebab itu, semua golongan manusia baik yang muslim maupun bukan muslim ada memilikinya selagi mereka bergelar manusia.
Kekuatan tenaga dalam adalah terletak pada nafas. Sebab itulah semua manusia memilikinya. Maka dengan adanya ilmu, tenaga dalam ini dapa diasah dan diatur menjadi suatu yang mampu mengalir dalam tubuh badan setiap manusia untuk dimanfaatkan dalam apa jua bentuk atau keadaan. Mungkin anda kurang percaya bahawa kekuatan tenaga dalam anda terletak pada nafas... cuba anda lakukan perkara ini seketika;
eksperimen 1: Cuba anda mengangkat tong gas yang berisi penuh 16 kg dan berjalan sejauh 5 langkah ke depan tanpa menahan nafas...
eksperimen 2 : Lakukan perkara yang sama tetapi kali ini anda tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Kemudian angkat tong gas tersebut dan jalan 5 langkah ke depan tanpa lepas nafas...
Dapatkah anda membezakan kekuatan diri anda semasa menahan nafas dan tanpa menahan nafas? sudah tentulah eksperimen 2 lebih memberi kekuatan kepada anda bukan...
Tenaga dalam bukan hanya setakat itu, ia perlu diisi dengan ilmu agar dapat digunakan dengan betul dan tidak memudaratkkan tubuh badan anda. Jika latihan tenaga dalam dilakukan tanpa sebarang bimbingan sudah pasti akan memberi kesan tidak baik pada diri anda dari luaran dan dalaman. Terdapat 1001 faedah mempelajari ilmu ini...anda harus memilikinya.
Dalam bab memiliki tenaga dalam yang jitu, pelbagai perkara harus dititikberatkan iaitu dot dot dot... tidak dapat saya ceritakan kerana anda belum bergelar murid saya...

ADAKAH TENAGA DALAM BERUNSUR JIN DAN MAKHLUK HALUS
Saya pernah ditanyakan tentang persoalan ini oleh seorang hamba Allah. Beliau juga seorang pengamal perubatan islam yang amat tinggi dengan ilmu sejarah kenabian dan kerasulan.
Sebelum bertanya dan menjawab persoalan ini, apa yang perlu kita ketahui adalah bagaimana jenis ilmu yang menggunakan khidmat jin dan yang tidak menggunakan khidmat jin.
Jika sesuatu ilmu yang  menggunakan khidmat jin, sudah pasti anda pun tahu. Pertamanya teknik rawatan pengamal ilmu ini pasti dipenuhi dengan pelbagai syarat yang amat menyeksakan pesakit untuk memperolehinya. Sebagai contoh, mesti/wajib bawa ayam putih, kambing putih, atau apa-apa sahaja benda yang berdarah. Jika syarat ini tidak dipenuhi, maka proses rawatan tidak akan dapat dilaksanakan. Keduanya, pengamal perubatan ini boleh bertukar menjadi orang lain ketika merawat pesakitnya dan mengaku dirinya seorang wali atau sebagainya. Bukan itu sahaja, malah mampu mengambil roh orang yang menghantar sihir dan dimasukkan ke dalam tubuh pesakit sebab nak tahu siapa orang yang menyihir itu. Ada juga yang memasukkan jin ke dalam tubuh pesakit yang kononnya dikatakan seorang raden, wali, atau puteri yang bakal menceritakan sesuatu yang ingin diketahui oleh keluarga pesakit... Adakah semua ini benar? Anda fikirlah sendiri.
Tenaga dalam dikatakan ada unsur bantuan jin... Kalau betullah tenaga dalam ada unsur jin, mengapa saya mampu mengaji Al-Quran secara bertaranum? mengapa saya tidak takut mendengar bacaan-bacaan rukyah? mengapa saya tidak takut dengar suara azan? mengapa saya mendirikan solat? mengapa saya berzikir memuji Allah swt sehingga menangis?... Saya mampu merasakan keberadaan jin dalam tubuh badan manusia bukan dengan bantuan jin tetapi dengan ilmu.
Oleh demikian, saya tidak setuju sama sekali dakwaan yang mengatakan tenaga dalam ada unsur khidmat jin atau energy-energy negatif. Bagi saya, seseorang yang mempunyai ilmu yang mampu menggunakan tanaga dalam dengan sempurna, ia tidak mudah dikuasai makhluk-makhluk halus atau jin.

PERINGATAN KEPADA PELATIH TENAGA DALAM
Bagi yang ingin mempelajari ilmu berkaitan tenaga dalam, haruslah bersedia dan betul-betul ikhlas. Perbetulkan tujuan dan matlamat anda jika sudah mempelajari ilmu ini. Janganlah ilmu ini digunakan pada jalan yang salah kerana banyak keburukannya.
Apabila telah mempelajari ilmu ini, janganlah berhenti setakat ini. Selagi masih bernyawa, carilah hakikat sebenar ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Ini kerana ilmu Allah yang kita perlu ketahui terbahagi dalam tiga peringkat iaitu ilmu kalam, ilmu ghoib dan ilmu syahadah. Jadi di tahap manakah ilmu anda?
Akhir sekali, janganlah suka menyalahkan amalan ilmu orang lain. Sebaiknya kita diam, dengar dan fikir dalam-dalam apa yang kita lihat, dengar dan hidu. Ingat, setinggi-tinggi ilmu kita, ada lagi orang yang mempunyai ilmu lebih tinggi daripada kita. Biarlah kita berpegang pada satu ilmu yang memberi banyak manfaat dan semakin berkembang daripada memiliki ilmu yang banyak tetapi tak berkembang dan jadi simpanan selama-lamanya.